Monday, September 7, 2009

Segalanya PAPA

Semalam terpaksa aku amek emergency leave lg...farez demam bermula ptg ahad lg..salah aku kot pegi bwk farez g pasar ramadhan..semuanya cos nk mkn kuih fave aku "akok"...di sebabkan kt bazar ramadhan kamunting je yg ada so aku pegi la gak tapi terpaksa pegi awal kul 3.30pm..nnt tkder parking...if hubby ada ok la skit bole la dia dukung farez, cepatla skit geraknya...ni aku n farez je pegi tk dpt la mama nk dukung hero ni..tambah dia dh berat skang..
Doktor ckp smlm skang musim budak2 kena penyakit tgn, kaki & mulut...so kena hati2 skit..aku hanya sempat tanya doktor apa simptom2 dia je..punca2 aku lupa nk tanya..menurut kata doc, simptom2 dia cam ada bintik2 kt mulut & tgn..bila doc cek farez alhamdulillah tkder simptom2 tu...cuma demam biasa je..lega mama...aku ni paling risau bila farez demam time2 kami berdua je kt umah ngan hubby jauh kt selatan..tk pun farez demam rindu kt papa dia kot minggu tu papa dia tk balik cos balik s.alam uruskan hal umah..hero aku ni skang menjadi2 rapat mapat ngan papa dia..bila papa dia balik mama dia ni dilupakan sekejap..huhu..ape2 nk pun papa..nk tido pun dkt papa.nk itu papa, nk ini papa..bole katakan semua PAPA lah..

Thursday, September 3, 2009

KATEGORI KEGUGURAN & TANDA-TANDANYA

1)      KEGUGURAN SECARA SEMPURNA (JANIN KELUAR SEMUA)
         Tanda-tanda
  • Pendarahan yg banyak, sakit perut dan janin keluar semua
  • Selepas beberapa hari pendarahan akan terhenti perlahan-lahan
  • Ujian ultrasound akan mengesahkan rahim sudah kosong
         Jenis Rawatan-KONSERVATIF
  • Biarkan dan tidak buat apa-apa rawatan kerana majoriti kandungan akan gugur sepenuhnya (secara spontan) dlm masa 2-4 minggu
  • Bagaimanapun ia bergantung kepada individu, jika pendarahan berterusan dan rasa sakit, ibu perlu mendptkan rawatan mencuci rahim ( Dilatation & Curettage -DNC)
2)      KEGUGURAN TIDAK SEMPURNA ( SEBAHAGIAN JANIN SAHAJA KELUAR)
         Tanda-tanda
  • Sakit perut, pendarahan berterusan dan memakan masa yang lama
  • Ujian imbasan akan mengesahkan masih terdapat sebahagian janin di dalam rahim
          Jenis Rawatan-PEMBEDAHAN
  • Pembedahan dilakukan ke atas ibu yg mengalami pendarahan yg byk, berasa sakit dan mahu utk melakukannya
3)      KANDUNGAN TIDAK MENJADI ( MISS ABORTION)
         Tanda-tanda
  • Pendarahan yang sedikit, tanda kandungan hilang sama sekali
  • Ujian ultrasound menunjukkan seluruh janin masih berada di dalam rahim ( Janin tidak dpt hidup dan pembesaran terhenti )
         Jenis Rawatan-RAWATAN PERUBATAN
  • Ibu memerlukan rawatan DNC
  • Kadangkala doktor akan menggunakan sejenis ubat untuk mengeluarkan janin yang telah mati dalam rahim

Wednesday, September 2, 2009

Ketahui punca keguguran

Tiada siapa yg mahukan kehamilan yg dinanti2kn berakhir dgn keguguran kan..Ia adalah sesuatu yg amat memilukan ..post kali ni aku amek dr majalah Pa&Ma utk santapan kita bersama n mengetahui antara punca yg boleh menyebabkan keguguran..
1) KECACATAN PADA JANIN
   
Kecacatan pada janin merupakan punca yg paling utama berlakunya keguguran. Ia biasanya melibatkn   kromosom, jika janin tidak dpt bertahan pada 13 minggu ptama usia kehamilan, lebih 50% adalah disebabkn oleh kecacatan pada janin
2) MASALAH GENETIK
Melibatkan faktor keturunan, kadangkala pasangan suami isteri mempunyai sedikit keganjilan dari segi keturunan, gen atau kromosomnya. Tetapi apabila bersatu, maka ia akan hasilkan janin yg tidak sihat atau tidak normal.
3) KECACATAN PADA RAHIM
Terbahagi kepada 2 kategori antaranya:
* Bentuk rahim yg tidak normal. Ia turut melibatkan sesetengah masalah fibriod  yg berada di dlm rongga rahim. Selalunya fibriod jenis ini menyebabkn keguguran berbanding fibriod yg wujud di luar rongga rahim.
* Pangkal rahim longgar (cervical incompetance). Biasanya ia berlaku pada ibu yg mengalami masalah keguguran yg berulang kali. (recurrent). Masalah ini wujud pada prtengahan usia kehamilan, Biasanya pangkal rahim tidak boleh terbuka sehingga saat bayi mahu keluar. Tetapi bagi pesakit yg bdepan masalah ini, pangkal rahim longgar dan terbuka lebih awal ( sekitar usia kehamilan 20 minggu), pesakit juga tidak berasa sebarang kesakitan apabila tiba2 air ketuban pecah & janin keluar.
4) ENDOKRIN ( KEKURANGAN HORMON)
Dalam keadaan biasa, ovari akan menyokong kehamilan sehingga berusia hampir 12 minggu. Ovari juga bertindak menghasilkan hormon progesteron. Dalam keadaan tertentu misalnya bagi ibu2 yg mghidapi bengkak ovari, ovarinya terpaksa dibuang lebih awal. Jadi, mereka berdepan dgn masalah kekurangan atau tiada hormon progesteron, kemungkinan utk mengalami keguguran adalah tinggi.
5) IMUNOLOGI
Ia sgt penting terutama pada keguguran yg berulang kali. Dalan kehamilan normal, berlaku tindak balas imunologi yg menyebabkan tubuh bdn ibu menerima kahadiran janinnya. Tetapi jika blaku kegagalan reaksi imunologi, tubuh bdn ibu akan " menolak" kehadiran janin tersebut. Hal ini menyebabkan keguguran berlaku. Ia juga dikenali sbg sindrom APS ( tubuh bdn ibu menolak perubahan yg blaku dalam tubuh bdnnya) Kes keguguran ini agak sukar di kesan melainkan dgn menjlnkan ujian darah dan melihat kpd sejarah kelahirannya yg terdahulu.
6) PENYAKIT IBU
Ibu2 yg brpenyakit spt diabetes, tiroid dan SLE. Jika penyakit ini tidak dikawal dgn uba-ubatan atau rawatan yg sepatutnya, maka mereka berisiko utk mghadapi keguguran. Bagi ibu2 yg hanya menghidapi penyakit risiko spt diabetes semasa hamil, mereka juga perlu mndapatkan rawatan awal & mencukupi bagi mengawalnya. Dlm keadaan ini risiko mengalami keguguran dpt dikurangkan.
7) JANGKITAN, TOKSIK DAN TRAUMA KECEDERAAN
Biasanya berkait rapat dgn jangkitan yg agak teruk hingga menyebabkan demam spt jangkitan buah pinggang, apendix, toxoplasmosis (najis kucing), mycoplasmosis, cytomegalovirus dsb. Toksik pula adalah melibatkan pengambilan dadah, rokok dan alkohol yg berlebihan dikalangan ibu hamil. Manakala trauma kecederaan pula melibatkan kecederaan yg berlaku secara langsung dan kuat pada ibu hamil misalnya hentakan kuat yg menyebabkan ibu hamil tercampak ke depan ketika kemalangan berlaku
 to be cont'd......next post ....."Kategori keguguran & tanda-tandanya"

Tuesday, September 1, 2009

Naluri sedih seorg hati ibu, mama & mommy

Bercucuran air mata aku sebaik baca blog memberku Hanim, yg kehilangan baby tanpa sempat melahirkan...br semalam aku ym ngan Jue, yang juga baru kehilangan baby..... aku juga sama ngan Jue & Hanim...yg berbezanye aku keguguran di tahap awal, janin br sebulan di tahap nk develop....tp yg menyayat hati bila Hanim bgtau yg babynya dh cukup semua sifat.......walaupun kami kehilangan baby di tahap yg berbeza2, tapi naluri hati seorg ibu, mama & mommy tetap sama....tk dpt nk peluk & susukan permata hati kami...yer..kita kena redha ngan takdir n hikmah yg kita tk tau di sebaliknya tapi kdg2 ada terselit perasaan "kenapa benda ni harus terjadi"...bak kata Jue smlm seolah2 dunia ni tk adil utk kita...YA ALLAH, kuatkanlah imanku dlm menghadapi dugaan yg engkau berikan ni...berikanlah aku kekuatan sebagai 'pengembara' di bumi sementaraMu ini...

Monday, August 31, 2009

Anakku dh pandai mengadu

Cuti merdeka hubby balik..sebaik je hubby masuk keta masa aku g amek dia kt stesen bas kamunting, farez terus bgtau papa dia..
Farez : Papa, mama akit...( papa, mama sakit )
Macam la hubby aku tk tau yg aku ni tgh sakit skrg....mmg dlm tempoh berpantang aku mmg sakit...sakit situ sakit sini...n Farez la tpt aku mengadu cos hubby tk dok..hehe..slalu hubby la tpt aku menyendeng2 masa sakit..bila aku sakit aku akan bgtau farez.."sayang, mama sakit sini la.."..n mulala farez gosok sini gosok situ..sambil tanya balik.."mama akit?" "akit ini ? (mama sakit?sakit sini?)
Kadang2 bila aku amek dia dr nursery pn dia dh ngadu katanya "abg wat" (abg buat)...aku tertanya2 ada org buli dia ke ni...then bila aku tnya org kt nursery tu ada org buli farez ke? katanya ada sorg budak ni koyakkan buku farez..oooo patutla buku dia dh tkder dlm beg tu..rupanya ada org jahanamkn buku dia.. budak2 ni kn tk pandai nk menipu.....ish kena hati2 ni kang if mama dia cubit dia sure dia ngadu kt papa dia ni..hehehehe

Kerisauan mama

Pagi ni mengantuknya dtg ofis..semuanya gara2 mlm td..tdo2 ayam jer cos risau kt hubby..mana tknyer..sian hubby aku terpaksa menunggu kwn dia dr kul 10pm smp ker kul 1.30am..bygkan duk menunggu kt stesen lrt bandar tasik selatan smp kul 1.30am..kul 1.30am br bole bertolak nk balik utm skudai..kul bp nk smp tu???if dkt tkpe ..ni jauh den..smntara hubby duk menunggu tu aku temankan la dia smbil mesej2 ..wpun kepala aku time tu dh pening n ngantuk sgt2 dh tp tahan gak sampai ape yg hubby msj tu kdg2 aku tk paham..hehehe..nasib gak hubby dok nunggu tpt tu ada geng2 teksi skali..at least ada la org area situ..kul 1.30 br kwn dia dtg n baru gerak ke skudai..hati aku dh lega dh 1 round ...risau perjlnn hubby ke skudai plak ...ish org pmpuan ni slalu camni kot ekk..spjg kul 1.30am, 2,3,4 & 5 am aku asyik jaga je n handphone pn kt tgn..& akhirnya kul 5.15am hubby msj " ma, abg dh sampai dh..jgn lupa nnt kejut abg yer"...puuhhh lega dh skit hubby selamat gak smp ke destinasi..br la aku dpt bersahur..hanya semangkuk cornflakes....

Thursday, August 27, 2009

Tempoh Berpantang

 
Walaupun aku bleeding di tahap awal n tk perlu buat d&c, tapi terpaksa la gak berpantang..kena ikut cakap org tua n org berpengalaman tau..kita ni muda lagi if tk pantang kang later2 tk tau ape akan jd ngan urat2 kita nnt...kt umah sepanjang masa aku pakai sweater n stokin tambah skang musim ujan sejuk smp ke tulang..n selalu berteman ngan minyak angin, vicks la ...n tk dilupakan juga si kecik hero aku ni nk gak berpantang mcm mama dia ni..mama dia pakai stokin dia pn nk pakai sama..mama dia sapu minyak angin dia pn nk gak..kdg2 terbalik..org sakit urut org ngada2....w/pun aku terpaksa berpantang kt umah ngan farez je tnpa dibantu oleh sesapa tapi aku bsyukur n berterima kasih pada pengasuh, jiran2 n kwn2 yg sentiasa ambil berat pasal diri aku ni..maklumler aku ni org perantauan sedara mara tkder kt perok ni..hehe..pengasuh & jiran aku bg air daun serai wangi suh aku rebus n mandi ngan air tu..katanya utk segarkn bdn yg lemah tu..betul la..bila dh mandi ngan ir tu segar tul bdn di tambah plak sapu minyak angin pastu...mmmmm nyaman tul n syok aku zzz pastu..hik hik hik