Wednesday, August 19, 2009

PETUA & TIPS

TIPS UNTUK DIET

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita
ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa
pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.
Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut bolehmenyebabkanketidakcekapanpenghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air,
pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan
garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu
kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan
secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih
mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau
kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana
minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak
perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan.
Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila
mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.
Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah
merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan
akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa
tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.


PETUA KECANTIKAN WAJAH

1. Menghilangkan Parut Jerawat

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. I! nsyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat

Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di
tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.

3. Bibir Merah Semulajadi

Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. Melebatkan Bulu Kening

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan
itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan
dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti
masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air
bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,
berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa
tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan
sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda.
InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah
selalu.

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim
sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk....ianya juga
baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi
licin dan halus.

10. Memerahkan Bibir Yang Hitam

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih,
perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam.

11. Menghilangkan Lebam di Bibir

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan
ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu.

12. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak

1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah
lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

2. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan
dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

13. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan
ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga
kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

14. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan
kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat
dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda
berjaya dan selamat mencuba.

15. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok
gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun
daripada tidur.

16. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan
menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat
sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan
dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta
baca Alquran dan berwirid.

17. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun.
Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam
beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

18. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu
makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga
digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah.
Senyum adalah satu sedekah.

19. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini.
Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

20. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas
muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

21. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam
yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan
kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Ulam - ulaman yang dimaksudkan ialah ulam
Pegaga. Amalkan memakan ulam pegaga selama beberapa minggu dan anda akan lihat
hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat
mencuba petua ini.

p/s : Betul, ulam pegaga ni akan jd kita muda je..contohnya mak aku..dr sekolah lg dia amalkn mkn pegaga smp sekrg, dia nmpk muda dr usianya yg sbnr 53 thn..hehe

22. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

23. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan
kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

24. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.




1 comment:

s h e d O t said...

huiyooo..banyaknye petua...mane dpt?baru 2hari saye mc, tgk da byk petua akak ye!!