Monday, August 31, 2009

Anakku dh pandai mengadu

Cuti merdeka hubby balik..sebaik je hubby masuk keta masa aku g amek dia kt stesen bas kamunting, farez terus bgtau papa dia..
Farez : Papa, mama akit...( papa, mama sakit )
Macam la hubby aku tk tau yg aku ni tgh sakit skrg....mmg dlm tempoh berpantang aku mmg sakit...sakit situ sakit sini...n Farez la tpt aku mengadu cos hubby tk dok..hehe..slalu hubby la tpt aku menyendeng2 masa sakit..bila aku sakit aku akan bgtau farez.."sayang, mama sakit sini la.."..n mulala farez gosok sini gosok situ..sambil tanya balik.."mama akit?" "akit ini ? (mama sakit?sakit sini?)
Kadang2 bila aku amek dia dr nursery pn dia dh ngadu katanya "abg wat" (abg buat)...aku tertanya2 ada org buli dia ke ni...then bila aku tnya org kt nursery tu ada org buli farez ke? katanya ada sorg budak ni koyakkan buku farez..oooo patutla buku dia dh tkder dlm beg tu..rupanya ada org jahanamkn buku dia.. budak2 ni kn tk pandai nk menipu.....ish kena hati2 ni kang if mama dia cubit dia sure dia ngadu kt papa dia ni..hehehehe

Kerisauan mama

Pagi ni mengantuknya dtg ofis..semuanya gara2 mlm td..tdo2 ayam jer cos risau kt hubby..mana tknyer..sian hubby aku terpaksa menunggu kwn dia dr kul 10pm smp ker kul 1.30am..bygkan duk menunggu kt stesen lrt bandar tasik selatan smp kul 1.30am..kul 1.30am br bole bertolak nk balik utm skudai..kul bp nk smp tu???if dkt tkpe ..ni jauh den..smntara hubby duk menunggu tu aku temankan la dia smbil mesej2 ..wpun kepala aku time tu dh pening n ngantuk sgt2 dh tp tahan gak sampai ape yg hubby msj tu kdg2 aku tk paham..hehehe..nasib gak hubby dok nunggu tpt tu ada geng2 teksi skali..at least ada la org area situ..kul 1.30 br kwn dia dtg n baru gerak ke skudai..hati aku dh lega dh 1 round ...risau perjlnn hubby ke skudai plak ...ish org pmpuan ni slalu camni kot ekk..spjg kul 1.30am, 2,3,4 & 5 am aku asyik jaga je n handphone pn kt tgn..& akhirnya kul 5.15am hubby msj " ma, abg dh sampai dh..jgn lupa nnt kejut abg yer"...puuhhh lega dh skit hubby selamat gak smp ke destinasi..br la aku dpt bersahur..hanya semangkuk cornflakes....

Thursday, August 27, 2009

Tempoh Berpantang

 
Walaupun aku bleeding di tahap awal n tk perlu buat d&c, tapi terpaksa la gak berpantang..kena ikut cakap org tua n org berpengalaman tau..kita ni muda lagi if tk pantang kang later2 tk tau ape akan jd ngan urat2 kita nnt...kt umah sepanjang masa aku pakai sweater n stokin tambah skang musim ujan sejuk smp ke tulang..n selalu berteman ngan minyak angin, vicks la ...n tk dilupakan juga si kecik hero aku ni nk gak berpantang mcm mama dia ni..mama dia pakai stokin dia pn nk pakai sama..mama dia sapu minyak angin dia pn nk gak..kdg2 terbalik..org sakit urut org ngada2....w/pun aku terpaksa berpantang kt umah ngan farez je tnpa dibantu oleh sesapa tapi aku bsyukur n berterima kasih pada pengasuh, jiran2 n kwn2 yg sentiasa ambil berat pasal diri aku ni..maklumler aku ni org perantauan sedara mara tkder kt perok ni..hehe..pengasuh & jiran aku bg air daun serai wangi suh aku rebus n mandi ngan air tu..katanya utk segarkn bdn yg lemah tu..betul la..bila dh mandi ngan ir tu segar tul bdn di tambah plak sapu minyak angin pastu...mmmmm nyaman tul n syok aku zzz pastu..hik hik hik

Wednesday, August 26, 2009

Me @ Gynae Wad, Hospital Taiping







Hari ni br aku masuk ofis....4 hr dapat mc cos 'threaten miscarriage..'..terpaksa bermlm kt wad B4 Hospital Taiping..yg suspect miscarriage tu citenya camni..18/8/09 aku wat upt kt umah n resultnya +ve tp cam samar2 je..period pun lmbt n aku pn kdg2 morning sickness..dgn tk sihatnya dtg keje..tu yg aku cek urine..ingat pas seminggu nk cek lg skali...tp tk smp seminggu aku bleeding kt ofis...dgn panik cos tk tau ape nk buat aku bgtau k.zeren.. n k.zeren 'halau' aku suh g klinik..actually aku takut..huhu..time tu gak aku informed hubby suh dtg amek..nasib la hubby balik wknd tu...wat scanning n doc ckp 'gugur'!!!!...bila dgr p'kataan 'GUGUR'..cam nk jatuh jantung aku..n terus 'GUGUR' air mata time tu gak dpn doctor...n doctor nasihatkn aku terus g hosp wat d&c..hopefully if ada rezki katanya ada la...kuar je dr pintu klinik n melangkah masuk kete air mata tk henti2 kuar..paling sedih bila hubby tanya ' camne ma?'...n 1 ayat je aku bole ckp...'gugur'..hubby terdiam jap n pastu cuba pujuk aku...'takpela ma..."...mgkin hubby pn 'speechless'..

Kt emergency hosp taiping aku kena masuk glukos 2 botol...cucuk citu cucuk sini..dh la dgn tk mknnye..posa kn..hehe...kt emergency tk henti2 bleeding..dlm hati...Ya Allah, tenangkn la hati ini...bila nurse ckp aku kena masuk wad ..mula aku pikir mcm2...nape nk kena masuk wad..nape itu nape ini..mesti nk cek itu ini...aduh...aku cam dh fobia masa duk hosp dkt nk bersalin dlu...mestila nk kena cek betul2 dulu b4 nk wat d&c tu..bkn simply2 nk cuci yer..aku dgr2 dr org yg penah gugur mmg sakit...

Bila masuk bilik rawatan, mula la rasa seram sejuk bdn aku..teringat masa duk HUSM masa nk bersalin dulu...mcm2 kena cek..ngeri...bila doc cek katanya rahim aku dh bersih so tk perlu wat d&c lg..dh bleeding byk dh..n doc bg harapan wat urine test pagi esok...if ada rezki awak insyaAllah katanya...terpaksa la aku bmlm kt wad gynae mlm tu...huhu..sian farez terpaksa tido ngan papa dia mlm ni..kalau bole nk je aku suh hubby teman aku mlm tu kt wad..tp mane bole,,....huhu...bila pagi esok wat upt resultnyer -ve....sedih, sedih & sedih..doc nasihatkn aku tkpe, cuba lagi n if betul2 nk pregnant ambil vitamin acid folic dr sekarang... yer..mmg aku abaikan acid folic tk mcm masa nk pregnntkn farez dulu..mbe pasni aku dh kena start mkn vitamin dh..tp apepun punca & sebabnye kita tk leh lawan takdirnya..ini la dugaan yg aku kena terima di awal Ramadhan

Friday, August 21, 2009

1st day sahur & puasa

Alhamdulillah hari ni dpt gak melaksanakan ibadat sunat sahur dan puasa ngan hubby..nasib gak 1st puasa jatuh wknd..hehe..walaupun hubby hanya minum segelas air manggo (slalu dia mmg tk mkn time sahur) n aku hanya mkn sesenduk nasi+telo mata+kicap & air milo tp at least kami laksanakan gak ibadat sunat sahur ni kn..

Harap2 aku dpt habiskan posa hari ni n hari2 yg seterusnya selama sebln wpun tanpa hubby di sisi yg hanya balik wknd je & dgn keadaan kesihatan aku yg tidak menentu ni & status baru yg belum pasti lg ni..insyaAllah

Wednesday, August 19, 2009

PETUA & TIPS

TIPS UNTUK DIET

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita
ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa
pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.
Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut bolehmenyebabkanketidakcekapanpenghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air,
pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan
garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu
kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan
secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih
mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau
kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana
minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak
perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan.
Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila
mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.
Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah
merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan
akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa
tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.


PETUA KECANTIKAN WAJAH

1. Menghilangkan Parut Jerawat

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. I! nsyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat

Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di
tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.

3. Bibir Merah Semulajadi

Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. Melebatkan Bulu Kening

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan
itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan
dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti
masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air
bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,
berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa
tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan
sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda.
InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah
selalu.

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim
sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk....ianya juga
baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi
licin dan halus.

10. Memerahkan Bibir Yang Hitam

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih,
perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam.

11. Menghilangkan Lebam di Bibir

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan
ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu.

12. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak

1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah
lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

2. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan
dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

13. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan
ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga
kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

14. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan
kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat
dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda
berjaya dan selamat mencuba.

15. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok
gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun
daripada tidur.

16. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan
menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat
sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan
dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta
baca Alquran dan berwirid.

17. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun.
Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam
beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

18. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu
makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga
digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah.
Senyum adalah satu sedekah.

19. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini.
Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

20. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas
muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

21. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam
yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan
kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Ulam - ulaman yang dimaksudkan ialah ulam
Pegaga. Amalkan memakan ulam pegaga selama beberapa minggu dan anda akan lihat
hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat
mencuba petua ini.

p/s : Betul, ulam pegaga ni akan jd kita muda je..contohnya mak aku..dr sekolah lg dia amalkn mkn pegaga smp sekrg, dia nmpk muda dr usianya yg sbnr 53 thn..hehe

22. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

23. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan
kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

24. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.




Friday, August 14, 2009

My blog is under construction

Sorry kengkawan, blog ni dlm construction lg..akan muncul kemudian yer...

Wednesday, August 12, 2009

Pelanduk 2 serupa




Selalu if aku ngan farez g mane2 ( sbb hubby duk jauh skang kan..so g mane2 2 beranak je la ) ada je org akan tegur farez & ada gak yg cubit pipi

" sama la muka awak ngan mak awak..."
"sebijik la muka mak dia"

ape lg ek ayat 2 diorg lupa la..tp maksudnya sama je nk bagitau yg muka farez ni sebijik cam muka mama dia....tk caya tgk gmbr2 ni yer..

Kalah juger...

Hajat d hati nk kuatkn semangat supaya tk bjangkit ngan Farez..papa ckp if mama pn demam susahla..tk akhirnya ku demam gak...huhuhu....2 hr terpaksa amek mc..bila turn aku plak demam farez dh kembali hyper..dh start dh aktiviti "menyepah & mentunggang langgangkan"(ayat ape ni?)umah tu..mbe nk qada' balik aktiviti yg terbantut time dia demam..mujur doc ckp demam tk kuat just kahak ada d jangkiti kuman skit..skrg ni aku punyer batuk je blum ilang lg..kt ofis if nk batuk mesti aku terus g masuk toilet..biar ada manners la skit..tkkn nk batuk dpn2 org kecuali terbatuk kn..alhamdulillah farez pn dh baik aku insyaAllah akan baik la ni esok lusa..so to abg sayang, dun worry kay..nnt baikla demam mama ni

Wednesday, August 5, 2009

Fuuhhh...hr ni br dpt masuk ofis.. penat bjln, blari, tk cukup tido semua ada..mcm ni la if hubby tkder umah..tamb anak plak sakit..nasib aku tk jatuh sakit..dh nk sakit tp ku kuatkn semangat demi anak..farez demam lg..dia start demam last friday...ubat dia dh licin aku bg tp demam, batuk, selsema still lg sama tk berubah..smp dia tk le tido cos batuk...mama dia ni lg tk le tido..tido 5 minit jaga smp ke pg camni..pegi ofis dgn keadaan kepala yg sgt sgt la berat smp nk bpikir pn tk larat..hubby slalu pesan.."mama kena cukup rehat nnt sakit susah.."mcm mane nk cukup rehat darling?...

Smlm kali ke 2 aku bwk farez ke klinik tp kali ni ke klinik govt la plak atas nasihat byk pihak..if g klinik swasta blum tentu dia akn cek darah..smp kt sana sape yg demam kena wat saringan H1N1....dup dap dup dap jantung aku...bila dia cek suhu farez katanya "tkpe suhu tk tinggi..37c je..tk tggi ke ni?aku rasa bdn farez ni dh panas sgt dh ni..Farez if demam papanya la dia akan sebut sebut"nk papa nk papa"..smp mkcik sebelah tu tanya aku..ayah dia mane?tk dtg ke?alahai mkcik kalau papa dia ada sure la papa dia akn dtg skali..bkn senang aku sorg nk bwk farez g klinik ni...nk kena dukung, galas beg lg, tamb2 ujan plak time tu aduhai...time break barula papa dia dpt call farez..farez ni if dpt dgr suara papa dia pn dh ok pastu ceria la sekejap..

Time jumpa doc yg buat aku lg berdebar..bila doc tanya bila lg demam...terus dia suh g cek darah..doc tu tanya aku

Doc : td nurse tu tk suh amek darah yer?
Mama : tk la plak doc, dia ckp suhu ok
Doc : Eh, tk bole ni demam dh dkt seminggu, takut ada jangkitan..ok tk pe terus pegi bilik no 4 amek darah..

Hmm...camni la govt nyer klinik...aku no comment,....alhamdulillah result darah farez ok..cuma fever dia tinggi skit..takut la gak skrg kn ngan H1N1 ni..so sape2 yg demam cepat2la g cek..beringat sblm kena