Thursday, September 3, 2009

KATEGORI KEGUGURAN & TANDA-TANDANYA

1)      KEGUGURAN SECARA SEMPURNA (JANIN KELUAR SEMUA)
         Tanda-tanda
  • Pendarahan yg banyak, sakit perut dan janin keluar semua
  • Selepas beberapa hari pendarahan akan terhenti perlahan-lahan
  • Ujian ultrasound akan mengesahkan rahim sudah kosong
         Jenis Rawatan-KONSERVATIF
  • Biarkan dan tidak buat apa-apa rawatan kerana majoriti kandungan akan gugur sepenuhnya (secara spontan) dlm masa 2-4 minggu
  • Bagaimanapun ia bergantung kepada individu, jika pendarahan berterusan dan rasa sakit, ibu perlu mendptkan rawatan mencuci rahim ( Dilatation & Curettage -DNC)
2)      KEGUGURAN TIDAK SEMPURNA ( SEBAHAGIAN JANIN SAHAJA KELUAR)
         Tanda-tanda
  • Sakit perut, pendarahan berterusan dan memakan masa yang lama
  • Ujian imbasan akan mengesahkan masih terdapat sebahagian janin di dalam rahim
          Jenis Rawatan-PEMBEDAHAN
  • Pembedahan dilakukan ke atas ibu yg mengalami pendarahan yg byk, berasa sakit dan mahu utk melakukannya
3)      KANDUNGAN TIDAK MENJADI ( MISS ABORTION)
         Tanda-tanda
  • Pendarahan yang sedikit, tanda kandungan hilang sama sekali
  • Ujian ultrasound menunjukkan seluruh janin masih berada di dalam rahim ( Janin tidak dpt hidup dan pembesaran terhenti )
         Jenis Rawatan-RAWATAN PERUBATAN
  • Ibu memerlukan rawatan DNC
  • Kadangkala doktor akan menggunakan sejenis ubat untuk mengeluarkan janin yang telah mati dalam rahim

No comments: