Wednesday, September 2, 2009

Ketahui punca keguguran

Tiada siapa yg mahukan kehamilan yg dinanti2kn berakhir dgn keguguran kan..Ia adalah sesuatu yg amat memilukan ..post kali ni aku amek dr majalah Pa&Ma utk santapan kita bersama n mengetahui antara punca yg boleh menyebabkan keguguran..
1) KECACATAN PADA JANIN
   
Kecacatan pada janin merupakan punca yg paling utama berlakunya keguguran. Ia biasanya melibatkn   kromosom, jika janin tidak dpt bertahan pada 13 minggu ptama usia kehamilan, lebih 50% adalah disebabkn oleh kecacatan pada janin
2) MASALAH GENETIK
Melibatkan faktor keturunan, kadangkala pasangan suami isteri mempunyai sedikit keganjilan dari segi keturunan, gen atau kromosomnya. Tetapi apabila bersatu, maka ia akan hasilkan janin yg tidak sihat atau tidak normal.
3) KECACATAN PADA RAHIM
Terbahagi kepada 2 kategori antaranya:
* Bentuk rahim yg tidak normal. Ia turut melibatkan sesetengah masalah fibriod  yg berada di dlm rongga rahim. Selalunya fibriod jenis ini menyebabkn keguguran berbanding fibriod yg wujud di luar rongga rahim.
* Pangkal rahim longgar (cervical incompetance). Biasanya ia berlaku pada ibu yg mengalami masalah keguguran yg berulang kali. (recurrent). Masalah ini wujud pada prtengahan usia kehamilan, Biasanya pangkal rahim tidak boleh terbuka sehingga saat bayi mahu keluar. Tetapi bagi pesakit yg bdepan masalah ini, pangkal rahim longgar dan terbuka lebih awal ( sekitar usia kehamilan 20 minggu), pesakit juga tidak berasa sebarang kesakitan apabila tiba2 air ketuban pecah & janin keluar.
4) ENDOKRIN ( KEKURANGAN HORMON)
Dalam keadaan biasa, ovari akan menyokong kehamilan sehingga berusia hampir 12 minggu. Ovari juga bertindak menghasilkan hormon progesteron. Dalam keadaan tertentu misalnya bagi ibu2 yg mghidapi bengkak ovari, ovarinya terpaksa dibuang lebih awal. Jadi, mereka berdepan dgn masalah kekurangan atau tiada hormon progesteron, kemungkinan utk mengalami keguguran adalah tinggi.
5) IMUNOLOGI
Ia sgt penting terutama pada keguguran yg berulang kali. Dalan kehamilan normal, berlaku tindak balas imunologi yg menyebabkan tubuh bdn ibu menerima kahadiran janinnya. Tetapi jika blaku kegagalan reaksi imunologi, tubuh bdn ibu akan " menolak" kehadiran janin tersebut. Hal ini menyebabkan keguguran berlaku. Ia juga dikenali sbg sindrom APS ( tubuh bdn ibu menolak perubahan yg blaku dalam tubuh bdnnya) Kes keguguran ini agak sukar di kesan melainkan dgn menjlnkan ujian darah dan melihat kpd sejarah kelahirannya yg terdahulu.
6) PENYAKIT IBU
Ibu2 yg brpenyakit spt diabetes, tiroid dan SLE. Jika penyakit ini tidak dikawal dgn uba-ubatan atau rawatan yg sepatutnya, maka mereka berisiko utk mghadapi keguguran. Bagi ibu2 yg hanya menghidapi penyakit risiko spt diabetes semasa hamil, mereka juga perlu mndapatkan rawatan awal & mencukupi bagi mengawalnya. Dlm keadaan ini risiko mengalami keguguran dpt dikurangkan.
7) JANGKITAN, TOKSIK DAN TRAUMA KECEDERAAN
Biasanya berkait rapat dgn jangkitan yg agak teruk hingga menyebabkan demam spt jangkitan buah pinggang, apendix, toxoplasmosis (najis kucing), mycoplasmosis, cytomegalovirus dsb. Toksik pula adalah melibatkan pengambilan dadah, rokok dan alkohol yg berlebihan dikalangan ibu hamil. Manakala trauma kecederaan pula melibatkan kecederaan yg berlaku secara langsung dan kuat pada ibu hamil misalnya hentakan kuat yg menyebabkan ibu hamil tercampak ke depan ketika kemalangan berlaku
 to be cont'd......next post ....."Kategori keguguran & tanda-tandanya"

No comments: